Monday, March 8, 2010

..Sharing is Luving (1) ..

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wbt..

Abu Hurairah (Radhiallaho anha) reported,The Messenger of Allah (Sallallaahu 'alaihi wasallam) said, "Every Muslim has five rights over another Muslim he has to perform five duties for another Muslim.

(Daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Ada lima hak bagi seorang muslim terhadap saudaranya sesama muslim iaitu):

  • to return the greeting( menjawab salam )
An-Nisaa [86] Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan Imam Muslim tentang salam.

“Kamu tidak akan masuk syurga, sehingga kamu beriman. Kamu tidak akan beriman, sehingga kamu saling menyayangi. Mahukah aku tunjukkan kepada kamu semua, sesuatu yang dengan melakukannya, maka akan wujud rasa sayang-menyayangi? Tebarkan salam”
  • to visit the sick ( menziarahi orang sakit )
Sunnah dalam menziarahi orang yang sakit ialah tidak terlalu lama melawatnya agar pesakit itu tidak terbeban melayan pelawatnya. Berilah harapan agar dia cepat sembuh, misalnya dengan berdoa “mudah-mudahan Allah cepat sembuhkan kamu, InsyaAllah, jangan bimbanglah”
  • to accompany funeral processions (mengiringi jenazah)
Menziarahi jenazah dapat melahirkan rasa keinsfan diri kita tentang kematian itu pasti menjemput kita suatu hari nanti.Kematian adalah sebahagian daripada qadha Allah yang wajib diterima oleh semua makhluknya.Kita juaga dapat bermuhasabah diri tentang ibadat yang kita buat selama ni.Kita mesti terfikir,cukup ke ibadah kita selama ni tuk bekalan akhirat nanti.Firman Allah SWT,

"Sesungguhnya kamu adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali"
[Surah AlBaqarah,2:156]

Rasulullah SAW juga mengingatkan kpd umatnya agar sentiasa mengingati mati dalam sabdanya bermaksud,
"Perbanyakkanlah mengingati perkara yang memutuskan kenikmatan dunia (mati)"

  • to accept an invitation (memenuhi undangan)
Hadis Ibnu Umar r.a katanya,Rasulillah saw pernah bersabda:

" Apabila seseorang daripada kamu dijemput ke majlis kenduri maka hendaklah kamu menghadirinya"
  • to respond to the sneezer (mendoakan orang bersin)
Selepas seseorang bersin hendaklah dia mengucapkan “alhamdulillah (segala puji bagi Allah) ” dan orang yang mendengarnya hendaklah mengucapkan “yarhamukallah”(semoga Allah merahmati kamu) sebagai mendoakan kesejahteraan orang yang bersin itu, serta dibalas pula oleh orang yang bersin dengan mengucapkan “Yahdiinaa wayahdiikumullah”.(Semoga allah rahmati kita semua dan diberi hidayah olehnya)
Hadis riwayat Anas bin Malik ra berkata:

"Dua orang bersin dekat dengan Rasulullah SAW,beliau mendoakan salah seorangnya dan membiarkan yang lain.Orang yang tidak didoakan itu berkata: Si Fulan bersin,engkau doakannya,tetapi aku bersin engkau tidak mendoakanku.Lalu beliau
( Rasulullah SAW) bersabda: Orang ini memuji Allah tetapi kamu tidak."







0 comments: