Saturday, March 20, 2010

..Selamat Pendek Umur..

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wbt..

Sulaiman bin Mahran, seorang ulama' tabi'in, meriwayatkan:

Ada seseorang sedang duduk bersama Nabi Sulaiman a.s. Tiba² ada tetamu masuk, lalu pandangannya terpaku kepada teman Nabi Sulaiman a.s ketika itu. Ketika tetamunya itu keluar, dia bertanya, " Wahai Nabi Allah, siapakah orang yang datang menemuimu sebentar tadi? "
Beliau menjawab, " Dia adalah malaikat maut." Dia berkata, " Wahai Nabi Allah, daku lihat dia memerhatikanku, jangan-jangan dia hendak mencabut nyawaku." .." Maka, apa rancanganmu ? " tanya Nabi Sulaiman as.

Dia menjawab, " Wahai Nabi Allah, daku mohon agar tuan sudi memerintahkan angin untuk membawaku ke pulau seberang lautan yang paling jauh." Lalu Allah mewahyukan kepada Nabi Sulaiman untuk melakukannya, lalu baginda memerintahkan angin dan angin pun membawa orang itu ke tempat yang dia kehendaki. Belum lama dia tiba di tempat yang dihajati, malaikat maut pun sampai dan langsung mencabut nyawanya.

Kemudian, malaikat maut kembali menemui Sulaiman. Nabi Sulaiman bertanya, "Aku perhatikan tadi kamu ada di sini, memerhatikan temanku itu. " Malaikat menjawab, " Ya, aku berasa hairan terhadapnya. Mengapa dia masih bersamamu di sini? Sedangkan aku diperintahkan mencabut nyawanya di negeri yang jauh dari sini Ketika aku akan keluar dari tempatmu ini, lalu diperintahkan kepadaku, ' Cabutlah nyawanya, kerana ia sudah berada di tempat di mana aku diperintahkan untuk mencabut nyawanya, lalu aku cabut nyawanya. "

Benarlah firman Allah:

" Katakanlah sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya,
maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu."
( Al-Jumu'ah 62: 8 )

****************************************************************

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..semuanya alhamdulillah..

Alhamdulillah..selamat hari sabtu! hari ini hari yang membuatkan diriku lebih mengingati mati..mati itu pasti!

`Tiap-tiap yang bernyawa (bernafas) pasti akan merasai maut.’
(Al Imran,3:185)
Tiada siapa dapat menangguh kematian itu kerana segalanya telah tertulis sebelum kita dilahirkan pun.hari demi hari kita sebenarnya makin mendekati kematian.masa semakin singkat dan kita semakin menghampiri kematian..cuma kita sahaja yang tak sedar kita mendekati tarikh itu.mungkin terlalu leka dengan dunia yang nampaknya indah dan sementara?

SELAMAT PENDEK UMUR,ZETI FARHANA!

Genap umurku 23 tahun..muhasabah diri sndiri..spnjang umur yang Allah pinjamkan 23 tahun ni..apalah sangat amal yang ku perbuat..takut takdir Allah hidup ni mungkin tak lama..
Kebelakangan ini asyik dikhabarkan dan diingatkan tentang kematian..berdebar2 hati ini..takut cucuk tanam di dunia ini terlalu sikit tuk dituai hasilnya di akhirat nanti..

Ya Allah, aku takut ya Allah..
Dosaku menggunung, pahalaku mendatar.
Amalku bermusim, dosaku sepanjang masa ya Allah..
Tiada lain yang kupohon melainkan rahmat dan kasihMu ya Allah..
Bantulah aku menambah kekuatan iman dan amalan.
Kuatkanlah semangat jihadku agar segala tanggungjawabku terhadapMu terlaksana sebelum nafasku terhenti ya Allah..
Jika hayat yang pendek itu lebih baik bagiku agar aku mampu meraih syurgamu,
.kurniakanlah ya Allah..
Aku redha..

Hanna: Terima kasih buat semua yang mengingati hari kelahiranku..terima kasih kerana sudi menjadi teman dikala susah dan senang.uhibbukuna fillah.

0 comments: