Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wbt..
Sulaiman bin Mahran, seorang ulama' tabi'in, meriwayatkan:
Ada seseorang  sedang duduk bersama Nabi Sulaiman a.s. Tiba² ada tetamu masuk, lalu  pandangannya terpaku kepada teman Nabi Sulaiman a.s ketika itu. Ketika  tetamunya itu keluar, dia bertanya, " Wahai Nabi Allah, siapakah orang  yang datang menemuimu sebentar tadi? "
Beliau menjawab, " Dia adalah  malaikat maut." Dia berkata, " Wahai Nabi Allah, daku lihat dia  memerhatikanku, jangan-jangan dia hendak mencabut nyawaku." .." Maka, apa  rancanganmu ? " tanya Nabi Sulaiman as.
Dia menjawab, " Wahai Nabi Allah, daku mohon agar  tuan sudi memerintahkan angin untuk membawaku ke pulau seberang lautan  yang paling jauh." Lalu Allah mewahyukan kepada Nabi Sulaiman untuk  melakukannya, lalu baginda memerintahkan angin dan angin pun membawa  orang itu ke tempat yang dia kehendaki. Belum lama dia tiba di tempat  yang dihajati, malaikat maut pun sampai dan langsung mencabut nyawanya.
Kemudian,  malaikat maut kembali menemui Sulaiman. Nabi Sulaiman bertanya, "Aku  perhatikan tadi kamu ada di sini, memerhatikan temanku itu. " Malaikat  menjawab, " Ya, aku berasa hairan terhadapnya. Mengapa dia masih  bersamamu di sini? Sedangkan aku diperintahkan mencabut nyawanya di  negeri yang jauh dari sini Ketika aku akan keluar dari tempatmu ini,  lalu diperintahkan kepadaku, ' Cabutlah nyawanya, kerana ia sudah berada  di tempat di mana aku diperintahkan untuk mencabut nyawanya, lalu aku  cabut nyawanya. "
Benarlah firman Allah:
 " Katakanlah  sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya,
maka sesungguhnya  kematian itu akan menemui kamu."
( Al-Jumu'ah 62: 8 )
****************************************************************
Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..semuanya alhamdulillah..
Alhamdulillah..selamat hari sabtu! hari ini hari yang membuatkan diriku lebih mengingati mati..mati itu pasti!
`Tiap-tiap yang bernyawa  (bernafas) pasti akan merasai maut.’
(Al Imran,3:185)
Tiada siapa dapat menangguh kematian itu kerana segalanya telah tertulis sebelum kita dilahirkan pun.hari demi hari kita sebenarnya makin mendekati kematian.masa semakin singkat dan kita semakin menghampiri kematian..cuma kita sahaja yang tak sedar kita mendekati tarikh itu.mungkin terlalu leka dengan dunia yang nampaknya indah dan sementara?
SELAMAT PENDEK UMUR,ZETI FARHANA!
Genap umurku 23 tahun..muhasabah diri sndiri..spnjang umur yang Allah pinjamkan 23 tahun ni..apalah sangat amal yang ku perbuat..takut takdir Allah hidup ni mungkin tak lama..
Kebelakangan ini asyik dikhabarkan dan diingatkan tentang kematian..berdebar2 hati ini..takut cucuk tanam di dunia ini terlalu sikit tuk dituai hasilnya di akhirat nanti..
Ya Allah, aku takut ya Allah..
Dosaku menggunung, pahalaku mendatar.
Amalku  bermusim, dosaku sepanjang masa ya Allah..
Tiada lain yang kupohon melainkan rahmat dan kasihMu ya Allah..
Bantulah  aku menambah kekuatan iman dan amalan.
Kuatkanlah semangat jihadku agar  segala tanggungjawabku terhadapMu terlaksana sebelum nafasku terhenti  ya Allah..
Jika hayat yang pendek itu lebih baik bagiku agar aku mampu  meraih syurgamu,
.kurniakanlah ya Allah..
Aku redha..
Hanna: Terima kasih buat semua yang mengingati hari kelahiranku..terima kasih kerana sudi menjadi teman dikala susah dan senang.uhibbukuna fillah.