Thursday, July 22, 2010

..Bukan Senang Bila Senang..

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wbt..

Dah mula semester baru! Mungkin semester terakhir di Auckland ni.. ( sob3x )..Ku tinggalkan semalam menjadi kenangan abadi.Lately selalu rasa nak update blog, tapi time tulis je tade idea..so hari ni..merapu2 berisi lah! amacam? adeh.

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..Dah seminggu batuk selesema sejak family balik Malaysia..Eventhough, it was a very short holiday,harapnya sume orang happy. Cuti ini rasa disayangi sebab dikelilingi oleh orang2 yang penyayang.Syukur Ya Allah,ku dipertemukan dengan mereka.

Rezeki itu ujian.Ujian itu rezeki.Ujian=Rezeki. so? nape nak sedih kalau diuji?Setiap apa yang Allah beri,pasti Allah uji.Diuji dengan rezeki lagi susah daripada diuji dengan kesusahan.Bukan senang bila senang.Manusia itu cepat hanyut dalam kesengangan and tend to mengingat Pencipta hanya bila dalam kesusahan.haih~ ( teguran tuk diri sendiri jugak ).

"Peliharalah Allah,nescaya engkau akan dapatinya dihadapan engkau.Kenalilah Allah ketika senang,nescaya Dia akan mengenalimu diketika susah.Ketahuilah bahawa apa2 yang ditakdirkan tidak akan menimpamu,ia tidak akan menimpamu.Dan apa2 yang menimpamu bukannya ia tersilap menimpamu.Ketahuilah bahawa kemenangan itu ada bersama kesabaran,terlepas dari kesempitan itu ada bersama kesusahan dan bersama kesusahan itu ada kesenangan."
Hadis Tarmidzi
Sesungguhnya ketentuanNya adalah yang terbaik dan Dia lebih mengetahui.Ya Allah, peliharalah akhlakku,agamaku.Jauhkan aku dari perkara2 yang melupakan aku padaMu..Semoga kita tak larut dalam kesenangan, tak mengeluh dalam kesusahan.




0 comments: