Wednesday, September 9, 2009

..Grab!10 Hari Terakhir Bersama 'Awak' ..

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wbt..

Allah SWT memperuntukkan satu malam di bulan Ramadan malam penuh syahdu dan berkat. Malam yang ditunggu-tunggu oleh para Anbiya' dan para salihin yang tidak terdapat di bulan-bulan lain iaitu "Lailatul Qadar". Pada malam inilah Allah menurunkan Al-Quran. Kita seharusnya menginginkan malam tersebut walau sekali seumur hidup tetapi malam itu tidak akan datang bergolek, hendaklah kita berusaha dan berdoa untuk mendapatkannya kerana Lailatul Qadar menjanjikan:

  1. Beramal pada malam tersebut akan mendapat ganjaran seperti beramal 1000 bulan atau lebih 83 tahun
  2. Doa kita dikabulkan Allah SWT. Pintalah apa-apa yang munasabah untuk dunia dan akhirat, untuk diri, anak isteri dan ibu bapa serta sekalian muslimin muslimat Ulama menyatakan amalan yang sebaik-baiknya kita lakukan di malam Lailatul Qadar (yakni menghidupkan malam tersebut) ialah
  • Memohon ampun segala dosa yang terdahulu (Istigfar)
  • Mengerjakan solat-solat sunat
  • Membaca Al-Quran
  • Berzikir dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW
  • Berdoa dan banyakkan membaca doa
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

Barangsiapa beribadat sesaat pada malam Qadar, kira-kira selama seorang penggembala memerah susu kambingnya, maka adalah lebih disukai Allah daripada berpuasa setahun penuh. Demi Allah yang telah mengutus daku dengan hak menjadi nabi, sesungguhnya membaca satu ayat dari al-Quran pada malam Qadar adalah lebih disukai Allah daripada mengkhatamkannya pada malam-malam yang lain.

Daripada Aisyah r.a. pula, katanya

"Rasulullah s.a.w. itu bersungguh-sungguh dalam beribadat dalam bulan Ramadhan yang tidak demikian bersungguh-sungguhnya kalau dibandingkan dengan bulan lainnya, juga di dalam sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan itu beliau s.a.w. bersungguh-sungguh pula yang tidak
demikian bersungguh-sungguhnya kalau dibandingkan dengan hari-hari Ramadhan yang
lainnya."

(Riwayat Muslim)

Dari Aisyah r.a bahawa dia mengatakan, aku bertanya:

Ya Rasulullah, kalau aku bertepatan dengan malam Qadar, maka apakah yang patut aku baca? Jawab Rasulullah s.a.w. : Ucapkanlah:

"Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pemaaf lagi Pemurah, yang suka memberi kemaafan, maka maafkanlah aku."



Hanna: Tkmo jadi org yg rugi..!andai umur tak pnjang..'awak' mgkin tak menjengah saya lagi.. Ayuh jgn persiakan 10 hari terakhir bersama 'awak' yg bersisa..'awak' semakin meninggalkan saya..dan saya? makin dihimpit dgn urusan2 dunia??fikir2kanlah!

0 comments: