Tuesday, September 29, 2009

..Dimana salah AKU kepadamu?..

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wbt..

Saat kau bangun pagi hari, Aku memandangmu dan berharap engkau akan berbicara denganKu walaupun hanya sepatah kata meminta pendapatKu atau bersyukur kepadaKu atas sesuatu hal yang indah yang terjadi dalam hidupmu hari ini atau kelmarin ......
Namun..Aku melihat engkau begitu sibuk mempersiapkan diri untuk ke kelas... Aku kembali menanti saat engkau sedang bersiap, Aku tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk berhenti dan menyapaKu, tetapi engkau terlalu sibuk..

Disatu tempat, engkau duduk disebuah kerusi selama lima belas menit tanpa melakukan apapun. Kemudian Aku melihat engkau menggerakkan kakimu. Aku berfikir engkau akan berbicara kepadaKu tetapi engkau berlari ke telephone dan menghubungi seorang teman untuk mendengarkan khabar terbaru..Kecewa diriKu..engkau memilih temanmu daripada diriKu..

Aku melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan Aku menanti dengan sabar sepanjang hari. Dengan semua kegiatanmu Aku berfikir engkau terlalu sibuk mengucapkan sesuatu kepadaKU..tetapi sewaktu engkau makan siang Aku melihatmu memandang sekeliling, mungkin engkau merasa malu untuk berbicara denganKu, itulah sebabnya engkau hanya menundukkan kepalamu. Engkau memandang tiga atau empat meja sekitarmu dan melihat beberapa temanmu berbicara dan menyebut namaKU dengan lembut sebelum menyantap rezeki yang Aku berikan, tetapi engkau tidak melakukannya..

Masih ada waktu yang tersisa dan Aku berharap engkau akan berbicara kepadaKU, meskipun saat engkau pulang kerumah kelihatannya seakan-akan banyak hal yang harus kau kerjakan. Setelah tugasmu selesai, engkau 'on'kan TV, engkau menghabiskan banyak waktu setiap hari didepannya.Kembali Aku menanti dengan sabar saat engkau menonton TV dan menikmati makananmu tetapi kembali engkau masih enggan berbicara kepadaKu..

Saat tidur, Ku fikir engkau merasa terlalu lelah. Setelah mengucapkan selamat malam kepada kawan2mu, kau melompat ketempat tidur dan tertidur tanpa sepatah pun namaKu, kau sebut.

Engkau menyedari bahwa Aku selalu hadir untukmu. Aku telah bersabar lebih lama dari yang kau sedari. Aku bahkan ingin mengajarkan bagaimana bersabar terhadap orang lain. Aku sangat menyayangimu, setiap hari Aku menantikan sepatah kata, do'a, ingatan atau syukur dari hatimu.

Keesokan harinya..engkau bangun kembali dan kembali Aku menanti dengan penuh harapan bahwa hari ini kau akan memberiKu sedikit waktu untuk menyapaKu..Tapi yang Ku tunggu tak kunjung tiba..tak juga kau menyapaKu.

Subuh..Dzuhur..Asar..Maghrib..Isya' dan Subuh kembali, kau masih mengacuhkan Aku.... tak ada sepatah kata, tidak ada pujian2 utkKu,tiada kata2 terima kasihmu padaKu..malah tiada seucap do'a dan tak ada rasa, tak ada harapan dan keinginan untuk bersujud kepadaKu..

Apa salahKu padamu ...... wahai HAMBAKU?????


Rezeki yang Ku limpahkan, kesihatan yang Ku berikan, harta yang Ku relakan, makanan yang Ku hidangkan, kejayaan yang Ku rahmatkan, apakah hal itu tidak membuatmu ingat kepadaKu..!!!!!!!

Percayalah Aku selalu mengasihimu, dan Aku tetap berharap suatu saat engkau akan menyapaKu, memohon perlindunganKu, bersujud menghadapKu..Yang selalu memerhatikanmu setiap saat..

"...Selalu ku sakiti Engkau dengan dosaku
Ku balas segala kebaikan-Mu dengan kekurangan

Tiada pernah ku menyedari semuanya
Bahwa nafas yang ku hirup adalah kuasa-Mu

Alhamdulillah ku syukuri semua
Terima kasihku Yaa Allah atas indahnya hidup
Alhamdulillah ku syukuri semua
Terima kasih ku Yaa Rabbi atas rahmat dalam hidupku

Selalu ku tinggalkan Engkau dengan khilafku
Ku balas segala kemurahan-Mu dengan keburukkan.."


Hanna: raya dah lps..test dah abis..tapi diri ini masih dikelilingi esemen..fighto oh, hanna chan! Hanya yang TERBAIK dariMu..Alhamdulillah :)

Saturday, September 19, 2009

..Raya..

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt..


Hmm...where to start?
Hari ini 30 Ramadhan in Auckland..1 Syawal di Malaysia..perasaan sayu yang dari smalam mkin mnjadi2..hati ini sedih..harini hari terakhir bersama 'awak'..Alhamdulillah..Allah bg masa tmbhn tuk top up kt mna yg kurang..harap sy masih ada tuk smbut kedatangan 'awak' yang akan datang..will be missin 'awak'..huu~ namun diri ini masih mampu tersenyum seperti selalu..( farhana msti gembira slalu! :) )

Pagi ini dihujani dgn text2 dan ym2 dari kawan2 dr Malaysia yang sibuk membuat persiapan raya..huk2..walaupun tak dapat beraya bersama,hati ini berasa terharu dgn ucapan raya yang tak putus2..tanda ku masih diingatan..

Alhamdulillah..tahun ni masuk tahun kedua saya beraya di perantauan..raya kat sini pn best..cuma bila teringatkn family ngn kawan2 kat Malaysia yang kadang2 buat rasa sedih tu..hee..untuk mengelakkan rasa sedih tu..kasi tak rasa sgt MOOD RAYA tu..elakkan la dgr lagu raya yang sedih2..isk2 (napela nk wat lagu raya sedih2 ni?)

Ok..put it short and simple :

Saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua~! Especially ~~

  • To my parents,abah,mama..Kakak rindu nk balik raya!Kakak mntak maaf sgala salah silap.. (sob3)..
  • To Anyoh in Russia yang raya hari ni jgak tu..masak sdp2..hee~ ..
  • To Achik yang nk fly ke Russia 23hb ni..make sure u spend ur precious days of raya kat msia tau!..nnti 'terpaksa' beraya ngn Anyoh je tiap2 tahun..hee~..
  • To Ateh and Aji.. jgn asek tgk tv je..tlg mama kat dapur nuu..ateh,all the best PMR nnti..jgn lupa blajar rajen2 :)..
  • To saudara mara di kampung dan di bandar..dari jauh ku pohonkan ampun maaf..huk2
  • To kawan2 yang mengenali diri ini secara langsung/di alam maya..ampun maaf dipinta..tersilap kata..tersilap bergurau..maaf ye!
  • To kawan2 SMSD yg nk bergatherin raya 25hb ni..jgn lupakan sy disini..isk3..

..dah..sekian terima kasih..saya sayang kamu semua! MySpace




Hanna: Hari raya adalah hari kemenangan kita berpuasa sebulan di bulan Ramadhan.Smoga istiqamah dlm beramal..huhu..~ mode raya takleh berlebih2an..preparin for test on 23rd ni..wish me all the best!

Wednesday, September 9, 2009

..Grab!10 Hari Terakhir Bersama 'Awak' ..

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wbt..

Allah SWT memperuntukkan satu malam di bulan Ramadan malam penuh syahdu dan berkat. Malam yang ditunggu-tunggu oleh para Anbiya' dan para salihin yang tidak terdapat di bulan-bulan lain iaitu "Lailatul Qadar". Pada malam inilah Allah menurunkan Al-Quran. Kita seharusnya menginginkan malam tersebut walau sekali seumur hidup tetapi malam itu tidak akan datang bergolek, hendaklah kita berusaha dan berdoa untuk mendapatkannya kerana Lailatul Qadar menjanjikan:

  1. Beramal pada malam tersebut akan mendapat ganjaran seperti beramal 1000 bulan atau lebih 83 tahun
  2. Doa kita dikabulkan Allah SWT. Pintalah apa-apa yang munasabah untuk dunia dan akhirat, untuk diri, anak isteri dan ibu bapa serta sekalian muslimin muslimat Ulama menyatakan amalan yang sebaik-baiknya kita lakukan di malam Lailatul Qadar (yakni menghidupkan malam tersebut) ialah
  • Memohon ampun segala dosa yang terdahulu (Istigfar)
  • Mengerjakan solat-solat sunat
  • Membaca Al-Quran
  • Berzikir dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW
  • Berdoa dan banyakkan membaca doa
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

Barangsiapa beribadat sesaat pada malam Qadar, kira-kira selama seorang penggembala memerah susu kambingnya, maka adalah lebih disukai Allah daripada berpuasa setahun penuh. Demi Allah yang telah mengutus daku dengan hak menjadi nabi, sesungguhnya membaca satu ayat dari al-Quran pada malam Qadar adalah lebih disukai Allah daripada mengkhatamkannya pada malam-malam yang lain.

Daripada Aisyah r.a. pula, katanya

"Rasulullah s.a.w. itu bersungguh-sungguh dalam beribadat dalam bulan Ramadhan yang tidak demikian bersungguh-sungguhnya kalau dibandingkan dengan bulan lainnya, juga di dalam sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan itu beliau s.a.w. bersungguh-sungguh pula yang tidak
demikian bersungguh-sungguhnya kalau dibandingkan dengan hari-hari Ramadhan yang
lainnya."

(Riwayat Muslim)

Dari Aisyah r.a bahawa dia mengatakan, aku bertanya:

Ya Rasulullah, kalau aku bertepatan dengan malam Qadar, maka apakah yang patut aku baca? Jawab Rasulullah s.a.w. : Ucapkanlah:

"Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pemaaf lagi Pemurah, yang suka memberi kemaafan, maka maafkanlah aku."



Hanna: Tkmo jadi org yg rugi..!andai umur tak pnjang..'awak' mgkin tak menjengah saya lagi.. Ayuh jgn persiakan 10 hari terakhir bersama 'awak' yg bersisa..'awak' semakin meninggalkan saya..dan saya? makin dihimpit dgn urusan2 dunia??fikir2kanlah!

Friday, September 4, 2009

..Ronda2 Sydney..

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wbt..

Alhamdullillah..tamatlah sudah jalan2 sy bersama housemates di Sydney,Australia..isk2..besor rupenya bndar Sydney ni..tak abis pusing2 4 hari..hehe..Cuaca di Sydney agak panas di bndingkan dgn Auckland..(smpai ada org rsa dia mkin 'tanned' balik dr Sydney)..

Ronda2 @ Sydney

  • Paddy's Market
Pagi2 hari first lagi kami di bawa oleh sorg sister tuk ke Paddy's Market..katanya souvenir kat sini super murah..Paddy's Market ni dibuka hari Khamis,Jumaat,Sabtu dan Ahad saje..disebabkan kami start hari Ahad dan balik hari Rabu..jadi pagi2 lagi kami dah cari souvenir..isk3..smpai2 dah sopping2..hehe..byk jgk la 'hasil tangkapan' pagi tu tuk org2 tersayang :)
  • Sydney Opera House and Harbour Bridge


Haa..gambar tu sgt gelama (glamour) kan? hehe..kalo sapa2 mai Sydney ni tak pi tgk Sydney Opera House (SOH) dan Harbour Bridge ni tak sah la jln2 kat Sydney..hehe..2-2 tmpt ni sbelah2 je..kami pi tmpat ni 2x..skali pi mlm..esokkan nya pi lagi skali..sbb menurut my bestfriend (merangkap tourist guide kami) pemandangan siang ngn mlm berbeza..hehe..maka benarlah katanyaa..mlm2 takde org sgt..leh tgk pmandangan bndar Sydney dimlm hari..siang2 kat sini lebih ramai org dan leh tgk SOH ni ngn lebih jelas secara keseluruhan..




  • Coogee Bay
Subhanallah! cantek sgguh ciptaan Allah..pantai ni cantik sgt..airnya membiru..sebiru langit..pasirnya tak sama mcm pasir pntai kt NZ..ramai la omputih mandi dan berjemur kt tgh panas tu..huhu..yg menarik pntai ni..ada kolam mandi air laut..so,sapa2 tak reti berenang or rsa nk berenang dlm kolam..leh mndi kat sini..kolam asing2..kolam laki laen,kolam ppuan laen..(tp tkde la kami pi berenang skali..hehe) kami juz pi amik gmbar je..


  • Darling Harbour
Kat sini ada satu jambatan..yg menurut tourist guide kami..boleh dipisah dua bila kapal besar nk lalu..pmndangan kt sini waktu mlm cantik..sbb byk lampu2..
  • Featherdale Wildlife Park

Inilah tmpat yg dari hari first smpai, nak pegi..alhamdulilllah..pegi juga akhirnya..menjadi destinasi terakhir kami pada hari keempat..hehe..nk pi sgt tmpt ni..sbb adanya kangaroo and koala..jeng2..bila lagi nk tgk dorg dkt2..dlm zoo ni byk lagi la haiwan2 sperti pinguin dan burung2..sgt menarik! kangaroo kat sini byk (er..sbb tkleh nk bzakan kangaroo ngn wallaby) ..kbnyakannya dilepaskan mcm tu je..tkde kandang2..jadi 'poo poo' pn merata2 la..isk3..panda plak..comel sgt..tp kebykan msanya panda ni tido..aduyaii..bukak aje mata..mnguap2,then tdo balik..isk3..


  • Auburn
Sampai je bndar Auburn...terus rsa nk pndah duk sini..hehe..kat sini kebyakan penduduk adalah org turki Islam..so byk kdai mkn kat sini halal..isk3..pastu ada kdai baju yg murah..kdai buku2 islam..wah2..rsa mcm duk perkampungan Islam laah..mana2 je jmpa org bertudung..kami singgah kdai manisan turki beli mnisan tuk berbuka..

Jejak Uni @ Sydney
  • Sydney University

Petang hari pertama kami jalan2,kami pi Sydney Uni..haa..sape2 tgk cite Nur Kasih tu..kt sini la Adam tu skolah..haha..(dan2 masuk info tak penting)..byk2 uni kt Sydney yg smpat kami lawat..bagi saya..Uni Sydney ada bgunan ala2 oversea yang paling cantik..hehe..kebtulan time kami jln2 kt Uni Syd, ada exhibition psal mumia (mummy)..my housemate (uja bkn nama sbenar) syok btul tgk exhibition tu..


  • Macquarie University


Macquarie University adalah uni kedua kami jejak..sy suka suasana uni ni..sbb byk pokok2..mcm uni dalam hutan yg mendamaikan..leh dgr sore2 burung menyanyi2 lagi..subhanallah..tapi uni ni agak jauh dr bandar Sydney (kt sini la bestfriend sy skolah)..kne naek train klo nk pi Macquarie University ni(kami naik ferry dr SOH,then amik train)..yang menarik lagi..surau Uni ni dibuka setiap masa..termasuk subuh dan juga terawih..sgt selesa suraunya..



  • University of New South Wales (UNSW)


Difahamkan rmai jugak Malaysian kt uni ni..kat sini la kwn sy (anazor bkn nama sbenar skolah)..hehe..sy suka kedai jual brg2 uni UNSW..sbb byk brg..jadi sbgai kenang2an..sy beli la tshirt UNSW..hihi

  • University Technology Of Sydney (UTS)




Jejak Uni berakhir di UTS..smentara bbuka hari terakhir kami di Sydney, kami jln2 kat UTS..Uni ni nmpk canggih dan best..mgkinkah sbb ia sebuah university technology?haha..itu yg kita tak tau..siap ada escalator dlm uni ni..jeng2



Iftar dan Terawih

Pengalaman pertama dan paling menarik rsanya spnjang jln2 di Oz pd bulan puasa ni adalah pengalaman iftar dan terawih..

Hari pertama iftar di sebuah masjid turki (tak ingat nama apa)..masa iftar,kami di hidangkan dgn se'set' makanan sorg..ada roti bun yg agak besar..untuk di mkn dgn sup..then,ada spinggan mknn yg ada nasi (ada sis ckp nasi ni di campur ngn barli),sekeping daging (mcm daging burger), sayur kacang pnjang dan salad..sume sikit2..tp percayalah..nk abiskan tak larat! kenyang..alhamdulillah..

Thanks to kwn yg pertama kali jumpa (anazor bkn nama sbnar)hari kedua kt Sydney,kami bbuka kat umah dia..hehe..nasi ayam dia..perghh..dap2..mekasih ya!Then kami terawih kt Malaysia Hall..dpt berimamkan org malaysia kt bumi omputih ni..

Kedua2 masjid turki yang kami pi,dua2 tmpt pn buat 2o rakaat terawih..tapi..cuba bygkan..dlm masa 40-60 mins, abis 23 rakaat terawih termasuk solat witir! copek nyaa..mak aii..hehe..mana tak nyaa..imam baca al-fatihah dlm satu nafas je..pastu imam bca surah pendek2 dan laju..kalo baca surah yassin pn,amik 2 ayat je..isk3..pergerakan solat mmg kne cpt..kagum ngn org2 tua yg solat skali..

Kami iftar dan terawih kt Auburn Mosque after jln2 kat bndar Auburn..menariknya pengalaman kali ni..kami kenal ngn sorg omputih ni..dia ada kat masjid tu tuk tgk culture org Islam..byk soalan jugak laa dia tnya..dia kata dia nk tgk sndiri org Islam ni mcmana sbb asek tgk kt tv..Islam ni selalu dikaitkan dgn bombing,terrorist..sume yg buruk2..smpai kwn dia tnya,tk takut ke nk pi msjid ni..dia duk kt masjid tu smpai kami abis solat terawih..sepanjang solat terawih tu,dia duk sbelah sy..dia ikut setiap pergerakan solat..after solat isyak, sy ckpla..'its ok if u dont want to follow us' tp dia ckp..'oh no no..its okay,i want to try'..bgus btul dia ni..hehe




Hari last after jln2 di UTS..kami dibawa mkn di sbuah chinese restaurant..mknn kat kdai tu halal sbb tuan kedainya chinese islam..dorg buat mee dorg sndiri..bergaya btul! :)

Hanna: What a momarable experience! Jzkk kpd Fariena dan housemates sbb sudi menerima kedatangan kami..hanya Allah dapat balas budi baik antunna semua..MySpace