Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wbt..
"One moment you put me at the top,
and the next moment you throw me deep deep down to the bottom"
Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku..
Supaya mereka faham perkataanku.."
..Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah..
..Sungguh,Dia Mahahalus, Maha Mengetahui segala isi hati [67:13]..
Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wbt..
"One moment you put me at the top,
and the next moment you throw me deep deep down to the bottom"
Posted by Hanna at 12:52 PM 0 comments
Bismillahirrahmanirahim..Assalamualaikum wbt..
Posted by Hanna at 3:11 PM 2 comments
Rasulullah S.A.W bersabda.." Siapa diwaktu pagi lebih mementingkan dunia, maka dia tidak memiliki sesuatu dari ALLAH SWT. Malah ALLAH akan menetapkan 4 hal dalam hatinya iaitu kedukaan yang tidak pernah putus, kesibukan yang tidak pernah ada rehatnya, kefakiran yang tidak pernah sampai kaya dan angan2 yang tidak pernah hentinya"
Sabsa Rasulullah SAW..Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya,maka Allah jadikan kekayaan dalm jiwanya.Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina (iaitu dalam keadaan dirinya mulia).Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya,maka Allah akan meletakkan kefakirannya antara kedua matanya.Allah cerai beraikan urusannya, dan dunia pula tidak datanf kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya(iaitu dalam keadaan dirinya hina)-Riwayat al-Tirmidzi
"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..." (Syair)
"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." (Imam Nawawi)
Barangsiapa menginginkan teman, cukuplah Allah menjadi temannya. Barangsiapa menginginkan kekayaan, cukuplah qana’ah menyertainya. Barangsiapa menginginkan nasihat, cukuplah kematian menasihatinya. Barangsiapa menginginkan harta simpanan, cukuplah Al-Quran menjadi barang simpanannya. Barangsiapa yang tidak cukup dengan keempat-empat hal ini, cukuplah neraka baginya.
Dari Abu Hurairah r.a katanya,Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu juga tidak memandang kepada harta kamu,akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu" (Hadis Sahih Riwayat Muslim)
"Carilah duniamu seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya dan carilah akhiratmu seolah-olah engkau akan mati besok pagi" (Hadis Riwayat Ibnu Asahin)
Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari ( Saidina Ali)