Wednesday, February 24, 2010

..Subhanallah..

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wbt..



Hanna: baru pulang dari jaulah north bersama kwn2..menikmati keindahan ciptaan dan bukti kebesaran Allah..subhanallah~

Wednesday, February 10, 2010

..Keep On Movin..

Bismillahirahmanirrahim..Assalamualaikum wbt..


Dah abis smlm!!..fiu2..alhamdulillah..setelah bergulen2 dan bermimpi2 bersama mereka..maka berakhirlah sudah kisah lecture dan esemen stats301..maka tibalah part yang paling tak best dalam belajar..iaitu exam! knapa exam tak best? nnti apa2 kta buat skrg akan di 'exam' di akhirat kan?itu exam yang lagi besar kot..penentu kehidupan yang kekal slama2nya..exam kat dunia kecik sgtlah kot klo nk di bandingkan ngn 'exam' nnti..dop gitu?

Dalam kesibukan dgn dunia pembelajaran ( belajar sgt ke cik hanna nih? *ragu2* )..for the past few days..adik2 junior sudah mula mentibakan diri mereka..jadi ? marilah kita berebut2 memberi sntuhan pertama kpd mereka!! hihi..sntuhan pertama biasanya akan selalu diingati...yeke? TAPI....ingatlah! buat bukan tuk diingati..

Tak sabar2 rsanya petang ni nk bwk adik2 kenal2 tmpat2 penting tuk survive di bumi Auckland ni..teringat plak masa 1st2 sampai kat sini dulu ( 2008..wow! dh 2 thn lps la kot..rsa mcm baru lagi..isk3..cptnya berlalu msa ye.. ) akak2 ckp...' dekat je dik..ktorang slalu jln kaki je..' berpegang pada ayat tu..gagahkan kaki dgn harapan kjap lagi smpai la tu..jln2 pnya jln..30mins br smpai..hihi
'dekatnyeee...' getus hati ku.Lama2..dah biasa jln kaki pegi mana2 pun..dh biasa..klo bleh pegi jln kaki..i choose to walk..hee..exercise..is gud ey?

Udah2 la merapu cik hanna..dah lama tak buat merapu2 kat blog nih..lps balik dr Mt Eden pagi tadi dan lunch ikan bakar cek afiq ( bkn nama sbnar ) rsa nk potpet kat sini plk..isk3 (kurang2kan le cik hanna..) huhu..ok2..

Oleh itu, smpai disini saja lah cerita terbaru..countin days nak exm ( ada org counting days nk pegi umrah ---> selamat2 amad! =) ) kesibukan sebenar akan melanda! keep on moving everyone..smoga every little thing we do..counts in the 'exam' later..intention2!! MySpace

Hanna: *garu2* bila nk study?MySpace

Thursday, February 4, 2010

..Sang Hati.

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wbt..

"..Duhai Allah yang Maha membolak balik hati, tetapkanlah hatiku pada agamaMu serta pd keta'atan kepadaMu.."



Alhamdulillah..bersyukur masih dikurniakan nikmat iman dan islam..takde satu pun kelakuan kita luput dari perhatian Allah. Dia-lah yang membolak-balik hati manusia, mengubah-ubahnya dari jahat menjadi baik dan sebaliknya. Dialah yang mengabulkan seluruh do’a manusia. Dia lah juga yang menjauhkan manusia dari segala keburukan dan Dia juga yang mendatangkan kepada manusia segala kebaikan.

Pernah terbaca satu artikel kat blog..diumpamakan hati yang beriman dan tak beriman itu ibarat 2 pokok yang kedua-duanya diberikan cahaya yang sama,disiram tiap2 hari,kadang2 dibaja,dibelai dan diberi kasih sayang yang cukup.Cuma yang bezakan kedua-dua pokok ni adalah tanah..satu guna tanah yang subur banyak nutrien..satu guna tanah gersang yang takde nutrien..


Dalam beberapa bulan..kita tengok pokok tu tak sama besar..proses tumbesaran tak sama..

Tanah dalam hal ni diibaratkan seperti hati..kalau tanah yang subur,banyak nutrien ditanam dgn pokok apa2 pun..senang je tumbuh..tapi kalau tanah yang gersang, nutrien tak banyak..mungkin pokok ni perlukan baja yang lebih, siram kena lebih kerap,mungkin perlukan kasih sayang yang lebih dari pokok yang guna tanah subur tu tuk dapatkan hasil tumbesaran pokok yang sama..

Macam tu la dgn hati kita, kalau hati yang bersih ( tanah yang subur)..
nasihat,teguran,peringatan,ilmu pelajaran..apa2 pun yang diberi, senang je nak diterima kalau hati tu dah lembut..tapi kalau hati kita kotor ( tanah yang gersang ) nak terima nasihat,teguran,ilmu pelajaran,peringatan tu susah sikit kalau hati dah kering..

Jadi..yang mana kita nak? renung2kan..fikir2kan..peringatan kepada diri sndiri..
"Seorang yang beramal soleh, belum tentu akan beramal soleh selamanya...
seorang yang beramal derhaka, belum tentu akan beramal derhaka selamanya...
Berapa ramai, dalam sejarah, orang beriman bertukar menjadi derhaka dan berapa ramai juga orang derhaka bertukar menjadi beriman..
..Allah yang memiliki hati manusia dandia boleh membolak balikkan semahunya.."

Hanna:Ya Muhaimin..peliharalah hatiku!Jauhkanlah aku dari jalan selain dari jalan yang diredhaiMu..Kuatkan aku..Ya Allah..