Friday, August 28, 2009

..Cuti Datang Lagi!..

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wbt..



Hari ini dah 7 Ramadhan..merangkap hari terakhir class sblm cuti midsem selama 2 minggu..huish..rase cpt bebenor..cuti sudaa..

Berlalunya lebih kurang 1/4 dr Ramadhan..di saat umat Islam sibuk berusaha 'shopping' banyak2 sempena 'sale besar2an' ni..berlainan pula dgn org2 yang mgkin masih blm mengerti..mereka sibuk dgn urusan2 yang tak penting..hati tercuit untuk memerhati gelagat2 mereka menyambut cuti..isk3 mcm2..riuh rendah kdengaran..ntah apa yang diorang buat..

InsyaAllah 2 minggu cuti yg mendatang akan diisi dgn perkara2 berfaedah..Esok petang akan berangkat ke Sydney tuk ziarah kwn kt sana..dismping bleh merasa puasa kt oz plak..hehe..

Kepada kwn2..selamat bercuti ye..harap2nya lebih banyak masa kita peruntukkan tuk 'shopping' bekalan akhirat dr 'shopping' tuk bekalan dunia..(peringatan tuk diri sendiri jugaakk!! )




..iftar di nooraz bersama aunty..


..group picture..we'll be missin u.. :D



Hanna:Alhamdulillah..exm habis 14hb nov..15hb i'll be on my way home! MySpace

Saturday, August 22, 2009

..Kelebihan Ramadhan..

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wbt..

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya( Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik, Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam) .-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri( bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap..

Sumber:Taman2 Syurga Yahoo group

Thursday, August 20, 2009

..Checklist for Ramadhan..

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wbt..



Hanna:kemas2 umah nk menyambut kedatangan 'awak' yg istimewa..berdebor2 rasenyee..huu~http://www.emocutez.com

Friday, August 14, 2009

..Hati Kata Rindu..

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wbt..

..Hati Kata Rindu..

Di hati ini,ingin melafaz kata..
Kata kasih padaMu yang ku rindu
Menagih sentuhan maghfirahMu
Hati kata rindu
Hanya padaMu oh tuhanku
Tapi sering aku..
Biar berlalu ke hujung waktu
Wahai tuhanku..
Layakkah aku gapai syurgaMu
Janganlah diriku
Engkau sisihkan dari rahmatMu
Ku bersujud..kepadaMu..
Kasihmu kudamba
Terima taubatku...ampuniku
Wahai tuhanku..
Engkaulah yang satu tempat ku mengadu
Rabbul Izzati..
Hidup dan matiku hanyalah untukMu..



Hanna:..saya sgt suka lagu ni.. http://www.emocutez.com

..Himpunan Kebaikan..

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wbt..

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:

Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup ke'aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke'aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya.

Hanna: Let's treat people like how you wanna be treated..buat baik pada orang..orang akan buat baik pada kita..Allah pun sayang,insyaAllah :)

Wednesday, August 12, 2009

..Surat untuk awak..

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wbt..

Salam awak..

Saya sihat..Alhamdulillah..Saya amik masa pagi ni sekejap sebelum ke class tuk tulis surat tuk awak..Sukanya saya..Awak nak datang lagi tahun ni??Wah! Tak sabarnya!!Walau pun tiap2 tahun awak datang melawat saya..Tapi tiap2 kali tu la saya selalu sibuk ngn urusan yang lain kan?Hmm..maaf awak..tahun lepas awak datang..mungkin saya tak layan awak sgt..Teruk betul saya ni..huhu..Harap2 saya boleh tebus balik!
Saya nak jumpa awak tahun ni!

Ada lagi lebih kurang seminggu je ni kan awak nak datang?Uish..Berdebar2nya saya bila fikirkan tak lama lagi awak nak datang..Saya tak banyak masa lagi ni..banyak perkara saya kena bersiap2 sedia..Saya rasa..saya kena buat plan ni..kalau boleh..saya nak manfaatkan sepenuhnya kedatangan awk kali ni..saya kena berusaha jugak! MESTI!.. ye la..kalau saya tak manfaatkan awak sepenuhnyaa..yang rugi tu saya lah kan?Saya berazam..taknak lepaskan awak mcm tu je!

Saya takmo jadi saya yang dulu..bila awak datang..saya rasa awak ni menyusahkan je..mana taknya..bila awak datang je..saya takleh tengok tu..takleh dengar ni..nak cakap pn kne control2..takleh guna perkataan2 tak elok..paling tak best bila awak datang..takleh mkn..takleh minum..uish..leceynye awk ni..last2 awak duk ngn saya sebulan..saya apa2 pn tak dapat kot..selain lapar dan dahaga..rugi2! Padahal,time awak datang la saya sepatutnya rebut peluang tuk dkt kn diri padaNya..sbb time tu lah Allah buat SALE pahala besar2an..awaklah hadiah dari Allah pada saya..Allah itu Maha Pemurah kn awak?

Jadi..harap2 sgt2 saya sempat jumpa awak tahun ni..saya taknak jadi orang yang rugi dah!Ya Allah pnjangkan umur saya..Ya Allah,saya naaakkk sangat jumpa awak !!Izinkan lah ya Allah..saya rindu sangat2 kat awak ni..Ya Allah pertemukanlah saya dengan awak ,RAMADHAN!


Salam rindu,





Hanna: fighto...oh!MySpace



Monday, August 10, 2009

..Berkata baik atau diam!..

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wbt..

مَنْ آَانَ یُؤْمِ نُبِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ،
وَمَنْ آَانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُوَمَنْ آَانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ واليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ

..Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim..

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

"Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah diamemuliakan tetamunya.."

Ucapan yang baik adalah sedekah” H.R. Muslim.



Hanna:Hmm..arini tkde mood sgt..byk kne perkara harus difikirkan..peringatan terbesar kpd diri sendiri..berkatalah baik atau diam..udoh2le buang masa! wake up! wake up!


Saturday, August 8, 2009

..Hanyut..

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wbt..

..Hanyut..
Kita dari segumpal darah,
Jelma seraut wajah,
Rahsia agungnya kudrat Tuhan.

Dan dihembuskan nyawa,
Diikatkan janji,
Tunduk hanya kepadaNYA.

*Namun hakikatnya hidup sarat pesona dusta,
Dugaan tuk menguji kehambaan,
Tiada tempat berlindung dari fitnah dunia,
Selain perlindunganNya.

Berkurun terukir sejarah alpa,
Manusia dihanyut indah yang fana,
Terlupa pada fitrah wujudnya,
Hanya ditaraf hamba.

Tenggelam pada bisikan dunia,
Tak sedar langkah mudik ke sengsara,
Tergoda pada hasut sengketa,
Rebut fatamorgana.

repeat (*)

Telah disuluhkan laluan,
Diberi segala pedoman,
Seiring akal dan fikiran,
Mengapa kehilangan.

Telah tertulis pengakhiran,
Pada selembar takdir insan,
Jiwa yang penuh penyerahan,
Itu yang dijanji syurga.

repeat (*)
Rebut fatamorgana..


Monday, August 3, 2009

..UnDer ConStRuCtiOn..

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wbt..

Harap maaf..blog under construction buat seketika..will be back soon~!this blog layout maybe only temporary..come and visit again yea !

Sunday, August 2, 2009

..Rememberence of Al-Quds(ROQ)..



Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya sebagai tanda2 (kebesaran) Kami.Sesungguhnya Dia Maha Mendengar,Maha Melihat. [Al Isra',17:1)




Saturday, August 1, 2009

..Thank You Allah For My Mother..

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wbt..




***********************************************************************

Kakak: Hari ni hari jadi mama kan? Selamat Ulangtahun Kelahiran mama!
Mama: Terima kasih..kakak doakan mama apa?
Kakak: Hmm.. kakak doakan mama sihat2 selalu.. :)
Mama: Haa..hadiah tuk mama takde? ( smbil gelak2 )
Kakak: Hmm..ntah..tatau..ada kot..insyaAllah..ada rezeki..ada lah :)
Mama: Ok.. love you..
Kakak: love you :)

tut..tut..tut..(talian telifon diputuskan..)

************************************************************************

Alhamdulillah..hari ini 1hb Ogos..hari lahir mama saya! lama ckp ngn mama arini..gembira dpt dengar suara mama..wlpn stiap kali call mmg ckp ngn mama je slalu..terasa rindu nk balik umah tiba2 muncul..tambah2 lagi skrg sume org ada kt umah..adik kat intec balik..adik kt russia pn balik..huhu..

This post is dedicated specially to my mama..

For all the times you gently picked me up
when I fell down
For all the times you tied my shoes
and tucked me into bed
or needed something
but put me first instead.
For everything we shared,
the dreams, the laughter,
and the tears,
a time for warm thoughts
and fond memories,
for expressing
the feelings and words
that often go unspoken,
for letting you
the special person
in my life know
that you are loved
and appreciated always.
thank you mama for always be there for me..
thank you mama being so understanding
Alhamdulillah..
Thank you Allah..
Thank you Allah for my mother..

Hanna:Alhamdulillah..pening2 tuk pilih subjek dah berakhir..semoga segalanya berakhir dengan baik..insyaAllah..janjiNya hanya yang terbaik~ untuk mama..kakak doakan mama bahagia di dunia dan akhirat..smoga usiamu diberkatiNya..kakak sayang mama! :)