Friday, September 24, 2010

..Eid Mubarak..

Bismilahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wbt.



Hanna: nothin much to say.dah lama kehilangan kata2.huhu~ Selamat Hari Raya,Maaf Zahir Batin..

Saturday, August 14, 2010

..Ahlan wa Sahlan Ya Ramadhan..

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wbt.


Saturday, July 31, 2010

..Look down upon no soul..

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wbt..



Look down upon no soul..
don't easily judge..
For you know not what is in their heart..
"And whether you hide your words or publish it,He certainly has full knowledge of the secrets of all hearts"

(AlMulk,67:13)
"Whoever is kind, Allah will be kind to him; therefore be kind to man in the earth.He Who is in heaven will show mercy on you."
(Abu Daud:Tarmidhi)
"Allah does not look at your appearance or your possessions; but He looks at your heart and your deeds."
(Abu Huraira:Muslim)


Thursday, July 22, 2010

..Bukan Senang Bila Senang..

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wbt..

Dah mula semester baru! Mungkin semester terakhir di Auckland ni.. ( sob3x )..Ku tinggalkan semalam menjadi kenangan abadi.Lately selalu rasa nak update blog, tapi time tulis je tade idea..so hari ni..merapu2 berisi lah! amacam? adeh.

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..Dah seminggu batuk selesema sejak family balik Malaysia..Eventhough, it was a very short holiday,harapnya sume orang happy. Cuti ini rasa disayangi sebab dikelilingi oleh orang2 yang penyayang.Syukur Ya Allah,ku dipertemukan dengan mereka.

Rezeki itu ujian.Ujian itu rezeki.Ujian=Rezeki. so? nape nak sedih kalau diuji?Setiap apa yang Allah beri,pasti Allah uji.Diuji dengan rezeki lagi susah daripada diuji dengan kesusahan.Bukan senang bila senang.Manusia itu cepat hanyut dalam kesengangan and tend to mengingat Pencipta hanya bila dalam kesusahan.haih~ ( teguran tuk diri sendiri jugak ).

"Peliharalah Allah,nescaya engkau akan dapatinya dihadapan engkau.Kenalilah Allah ketika senang,nescaya Dia akan mengenalimu diketika susah.Ketahuilah bahawa apa2 yang ditakdirkan tidak akan menimpamu,ia tidak akan menimpamu.Dan apa2 yang menimpamu bukannya ia tersilap menimpamu.Ketahuilah bahawa kemenangan itu ada bersama kesabaran,terlepas dari kesempitan itu ada bersama kesusahan dan bersama kesusahan itu ada kesenangan."
Hadis Tarmidzi
Sesungguhnya ketentuanNya adalah yang terbaik dan Dia lebih mengetahui.Ya Allah, peliharalah akhlakku,agamaku.Jauhkan aku dari perkara2 yang melupakan aku padaMu..Semoga kita tak larut dalam kesenangan, tak mengeluh dalam kesusahan.




Saturday, June 19, 2010

..Dah bagi pinjam pun nak kedekut lagi?..

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wbt..


" Sesungguhnya masa itu pinjaman Allah"

Time2 exam sekarang sume orang pun mula berkira2 dengan masa.Sume orang pun sibuk nak study.me'maximize'kan masa tuk study sebanyak mungkin.satu minit pun takmo jadi orang yang rugi.

Dalam berkira2 masa yang tinggal sebelum tarikh exam, tanpa disedari mungkin kita dah me'minimize'kan masa tuk mengaji, solat sunat, tuk ziarah kawan2, ziarah adik2..
"Takmo la pegi umah dia..time consuming."
Huhu~ tak sempat nk buat sume tu sebab bz sgt ngn study tu kann..padahal masa tu sendiri bukan milik kita pun.Allah bagi pinjam tuk kita manfaat..dan jadi orang beruntung kalo kita pandai urus masa.

Haih..apa ni Cik Hanna..

Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

[Al-Asr,103:1-3]

Jadi?Kita sebenarnya untung ke rugi ? Nak jadi orang yang untung ke orang yang rugi? Pilihan di tangan anda!

Hanna:Fuh2..berdebu sudah blog nih..semenjak2 jadi student 3rd year ni selalu tak berkesempatan nak conteng2 kat sini..Alhamdulillah dah abis 2 paper exam..tinggal lagi satu paper yang kesusahannya benar2 menguji saya yang lemah ni.. [mohon diberi keberkatan masa]

Wednesday, June 2, 2010

..Garang dan Pemarah..


Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wbt..





"Kakak, nape garang sangat marah adik?"

"Oh..bukan apa..aku takut nak tanya kau..kau ajar garang..."

"Eh..takyahla pasal ni pn nak marah.."

"Apsal?"
"Jangan la guna 'apsal'..garangnyaa bunyi.."

"Saya takut nak bgtau akak..takut akak marah.."

"Kalau saya tak pegi akak tak marahkan?"


Lately asyik diuji dengan consequences kekurangan diri sendiri yang sering kelihatan garang dan suka marah..sebenarnya,saya sgt susah nk marah orang..tapi nada saya berkata2 atau taip pun yang kadang2 tak menyenangkan dan suara yang kadang2 high pitch tak bertempat..
membuatkan orang salah faham dengan saya..tidak menyalahkan orang lain,diri sendiri yang salah..

Tak dinafikan akibat 'garang' dan 'pemarah' ni sume orang pun lari..kecuali syaitan.Sabda Rasulullah SAW,
"Barangsiapa yang dapat menahan marah ketika ia boleh meneruskannya,nescaya ditetapkan oleh Allah hatinya pada hari kiamat dengan sentosa dan aman pernuh keimanan"

Sedih kalau orang salah anggap pada saya..tapi in the same time marah2 diri sendiri..then timbul rasa tak sedap hati dan down..Terus tak keruan nak buat apa2 dan tak tahu cane nak react bila jumpa orang tu..Selalu ingatkan diri sendiri jugakk..kita takleh expect sume orang faham kita..jadi? KITA YANG KENA BERUBAH!

Walaupun betul untuk marah,tak semestinya perlu marah...
Walaupun aku marah, tapi ada kemarahan yang lebih dasyat dari kemarahanku...

Maafkan diri ini yang tak sempurna..pada hakikatnya,diri ini masih mencuba shabis baik tuk tidak kelihatan pemarah dan garang.

Astaghfirullahal'azim..
Astaghfirullahal'azim..
Astaghfirullahal'azim..

Semoga Allah selamatkan aku dari kemarahan yang berpunca daripada bisikan syaitan yang direjam.
Semoga Allah pelihara aib dan akhlakku.Semoga Allah selamatkan daripada khayalan dunia yang sementara.
Allah itu Maha Penyayang, Maha Adil.Biarlah hati berdarah di dunia...
Hanya padaMu sesungguhnya tempat mengadu..




Hanna: tba2 arini terluahkan perasaan kat blog plak..huhu..harap2nya sapa2 ada solution tuk 'penyakit' saya ni..bleh la share.